it's all about me, myself and my stuffs !

March 26, 2007

Cikgu BM bodoh

Murid : Selamat pagi, Cikgu!

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja?
Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam Cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera!Senang dan penuh bermakna.Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera Cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik.Hari ini Cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan tersebut, faham?

Murid : Faham, Cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar Cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

2 comments:

傑士 said...

very very good! this is my first malay joke!!!

s@m巧彦 said...

thanks, actually it wasn't my creation, i just adapted it from somewhere. but i kinda like it =)